sudah lame saya tidak menulis kerana kekangan yang dihadapi sehingga tidak sempat untuk meluangkan mase bersama sahabat semua....
saya teringin untuk post research saya tentang 'mahar'....research ni ditugaskan oleh pensyarah saya untuk subjek fiqh al munakahat....harap sahabat semua mendapat input yang berguna,,,selamat membaca....
MAHAR
DEFINISI
MAHAR:
§ Mahar atau juga dikenali mas kahwin adalah pemberian wajib oleh
suami kepada isterinya atas sebab perkahwinan.
§ Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud:
“Berikanlah kepada orang
perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka.”
{Surah Annisa’:ayat 4 }
§ Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan
maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." (
Riwayat Bukhari )
§ Mahar ialah berasal dari kalimah arab.Di dalam al quran istilah
mahar disebut dengan al-quran al-sadaq,al-saduqah,al-nihlah,al-ajr,al-faridah,dan
al-aqd.
§ Maskahwin boleh dijadikan daripada sahaja asalkan benda itu berguna
dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanfaat.
§ Maskahwin tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit , jadi
untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di
atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan
hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi sehingga
menyukarkan pihak lelaki.
§ Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud :
"
Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
§ Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"
Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". (
Riwayat Ahmad )
PERBEZAAN MAS KAHWIN &
HANTARAN
MAS KAHWIN
v Mas kahwin merupakan pemberian wajib tetapi hantaran lebih
merupakan hadiah kepada isteri.
v Pada zaman ini,mas kahwin / mahar telah ditetapkan oleh Jabatan
Agama Islam negeri masing-masing.Akan tetapi terdapat juga negeri yang tidak
ditetapkan maharnya.
HANTARAN
v Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk
menetukan kadarnya.Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak
kerajaan.
v Kebiasaannya dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi
pihak isteri untuk belanja kahwin.
v Ia bertujuan untuk mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri
dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.
v Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang bakal
menjadi pasangannya.Sekiranya wang hantaran diserahkan kepada pihak isteri,maka
terpulanglah isterinya untuk membelanjakannya.
\
BAHAGIAN-BAHAGIAN MAHAR
MAHAR
MUSAMMA
·
Mas
kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dengan
tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.
·
Mahar
yang disebut jelas jumlah dan jenisnya dalam satu akad nikah seperti yang
diamalkan dalam perkahwinan zaman sekarang.
·
Ulama’
telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku
salah satu dari perkara tersebut :
1)Berlakunya persetubuhan antara
suami dan isteri.
2)Kematian
salah seorang dari mereka sama ada suami atau isteri.
MAHAR MITHLI
· Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan
yang telah berkahwin terlebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan mas
kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak,ibu saudaranya dan
seterusnya di samping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri seperti dari
segi kecantikan, kekayaan , pelajaran dan sebagainya.
· Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad
pernikahan,sekiranya berlaku ,mahar tersebut hendaklah diqiaskan dengan mahar
perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarga terdekatnya.Sekiranya
tiada,maka diqiaskan dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf
dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga
terpulang kepada suami berdasarkan adat dan tradisi setempat.
· Kadar mahar misil berbeza nilainya mengikut sifat-sifat yang
terdapat pada perempuan tersebut contohnya dari sudut paras
rupa,kekayaan,pendidikan,ketakwaan,keluhuran budi serta status perempuan
tersebut.
HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN
SEMASA AQAD NIKAH
WAJIB
v Jika bakal isteri itu seorang budak yang masih kecil, gila atau
bodoh sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar
yang sepatutnya (Mahar Misil).
v Jika bakal isteri yang sudah baligh ,bijak dan boleh menguruskan
dirinya sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengahwinkannya tetapi ia
tidak menyerahkan kepada wali untuk menetapkan maskahwinnya.
v Jika bakal suami itu tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri
seperti masih budak ,gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat
persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang daripada
mahar sepatutnya ,oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana
yang dipersetujui.Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan tidak sah
,tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar
yang sepatutnya (Mahar Misil).
SUNAT
v Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa
akad,apabila ia menikahkan orang lain.Dengan menyebutnya semasa akad
berlangsung dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan ,berhubung dengannya
,di samping dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan
pada seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa
mahar.Sekiranya mahar tidak disebut di masa akad ,tidaklah beerti akad
perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika mahar tidak disebut.
Wajib maskahwin
Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam
akad jika dinyatakan semasa akad dan maskahwin
itu wajib dibayar dengan keadaan-keadaan berikut :
v Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum
persetubuhan dan dipersetujui oleh pihak isteri,oleh yang demikian isteri
berhak melarang atau menghalang suaminya dari mensetubuhinya sehingga suami
tersebut menetukan kadar maskahwin yang akan diberikannya sama ada tunai atau
hutang,jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut
dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.
v Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab
keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau
perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila kadi menentukannya
akan maskahwin tersebut ,hendaklah dibayar tunai.
HUKUM MENGEKALKAN NILAI MASKAHWIN ATAU MENDAPAT
SETENGAH DARIPADANYA ATAU TIDAK MENDAPATNYA.
Ø KEKAL MENDAPAT SEMUA MASKAHWIN.
·
Apabila
suami telah menyetubuhi isterinya sama ada persetubuhan tersebut berlaku dalam
keadaan yang dihalalkan atau dalam keadaan yang diharamkan.
·
Contoh
persetubuhan yang berlaku dalam keadaan yang halal ialah menyetubuhi isterinya
dalam keadaan yang tidak haidh.
·
Persetubuhan
yang haram pula ialah menyetubuhi isterinya dalam masa didatangi haidh.
*Persetubuhan
yang berlaku dalam dua keadaan ini,mewajibkan pemberian kesemua mas kahwin.Ini
kerana isteri telah menunaikan kewajipannya.Oleh itu suami wajib memberi mas
kahwin sebagai tukarannya.
Ø MENDAPAT SETENGAH DARIPADA MAS KAHWIN
·
Suami
tetap perlu memberi setengah daripada mas kahwin apabila isterinya diceraikan
selepas akad nikah yang sahih dan mas kahwin tersebut telah dinyatakan dalam
majlis akad nikah.
·
Penceraian
tersebut mestilah berlaku sebelum suami menyetubuhi isteri tersebut.
Ø MAS KAHWIN GUGUR KESEMUANYA
·
Mas
kahwin gugur kesemuanya apabila isterinya meninggalkan suaminya sebelum
persetubuhan.
·
Penceraian
berpunca dari isterinya sendiri.Contohnya apabila isteri memeluk islam yang
menyebabkan perkahwinan itu terbatal atau murtad atau fasakh perkahwinan
berlaku daripada pihak isteri disebabkan keaiban suami atau suami membatalkan
perkahwinan disebabkan keaiban isteri maka keadaan ini menggugurkan mas kahwin
kesemuanya.
KADAR MAS KAHWIN
v Mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dam maksimumnya.
v Setiap satu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta
,boleh dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak ,tunai atau hutang
,atau sesuatu yang bermanfaat ,seperti kain,sejadah ,telekung tempat kediaman
atau mengajar sesuatu kemahiran.
Maksud firman ALLAH s.w.t:
“Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian mencari
isteri-isteri dengan hartamu.”
Maksud
sabda RASULULLAH s.a.w :
“Engkau
berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”
v Mas kahwin tersebut sunat hukumnya, tidak kurang daripada 10 dirham
bagi mengelakkan percanggahan Mazhab Hanafi yang mewajibkannya.
v Sunat tidak melebihi 500 dirham berdasarkan mas kahwin anak-anak
perempuan dan isteri RASULULLAH.
MENYEGERAKAN DAN MENANGGUHKAN MAS KAHWIN.
§ Mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera.
§ Boleh disegerakan atau ditangguhkan kesemuanya sebelum
persetubuhan.
§ Penangguhan hendaklah ditentukan masanya.
§ Mas kahwin milik isteri sepenuhnya.Isteri berhak meminta
disegerakan atau ditangguhkan mengikut kehendak isteri.
§ Apabila isteri meminta mas kahwin agar diserahkan segera maka
isteri berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami
sehinggalah mas kahwinnya diterima.
§ Jika isteri mempersetujui untuk ditangguhkan mas kahwinnya,isteri
tidak berhak menahan dirinya daripada suami kerana dia sendiri telah
mempersetujui dengan penangguhan tersebut.
§ Mas kahwin adalah milik mutlak isteri.Wali tidak berhak terhadap
mas kahwin tersebut walaupun dia berhak untuk menerimanya bagi pihak perempuan
tersebut.
MAHAR MITHLI
PENGERTIAN:
Mas kahwin mithli ialah harta yang dituntut dalam perkahwinan yang
biasanya berdasarkan taraf isteri.
NILAI
·
Dinilai
berdasarkan nasab kaum kerabat isteri sebelah bapa.Dinilai mengikut mas kahwin
kerabat perempuan yang terdekat hubungannya iaitu saudara perempuan seibu
sebapa,anak-anak perempuan saudara lelaki dan ibu-ibu saudara sebelah bapa.
·
Jika
tiada kaum kerabat terdekat atau mereka masih belum berkahwin, mas kahwin akan
dinilai mengikut kaum kerabat terdekat sebelah ibu seperti ibu,nenek,ibu
saudara sebelah ibu,dan anak-anak perempuan saudara perempuan.
·
Jika
kaum kerabat sebelah ibu juga tiada maka mas kahwin akan dinilai mengikut kadar
mas kahwin perempuan terdekat berdasarkan persamaan sifat antara mereka.
·
Penilaian
mas kahwin mithli adalah berdasarkan
umur,akal,kecantikan,kekayaan,maruah,keagamaan,ketakwaan,keilmuan,anak dara,janda
dan sifat-sifat yang lain yang membawa tujuan yang baik.
SEBAB YANG MEWAJIBKAN MAS
KAHWIN MITHLI.
v Akad nikah batal kerana meninggalkan syarat sah nikah seperti
perempuan yang berkahwin tanpa saksi atau wali dan berlaku persetubuhan selepas
akad nikah tersebut.
v Mas kahwin dibatalkan lantaran perselisihan antara suami isteri
tentang kadarnya atau sama ada mas kahwin disebut atau tidak dalam akad
nikah.Contohnya isteri menyatakan suami menyebut mas kahwin dalam akad nikah
tetapi suami menafikannya.Kedua-dua bersumpah atas dakwaan masing-masing.Maka
mas kahwin dibatalkan dan suami wajib memberi isterinya mahar mithli.
v Menyebut mas kahwin yang tidak sah.Antaranya ialah:
·
Mas
kahwin yang disebut bukannya harta menurut syara’seperti arak.
·
Harta
yang disebut sebagai mas kahwin itu bukanlah miliknya seperti sejadah yang
dirampas.
·
Mengahwini
dua orang perempuan atau lebih dengan satu mas kahwin.Walaupun pernikahannya
sah tetapi mas kahwinnya rosak.
·
Wali
mengahwinkan seorang kanak-kanak lelaki dengan kadar mas kahwin yang lebih dari
mahar mithli,yang diambil daripada harta kanak-kanak tersebut.Begitu juga jika
wali mengahwinkan seorang kanak-kanak perempuan atau seorang anak dara tanpa
persetujuannya dengan kadar mahar kurang daripada kadar mahar mithli.
·
Perempuan
menyerahkan perkahwinannya tanpa mas kahwin.Dalam hal ini,perempuan tersebut
wajib diberi mahar mithli bukan kerana akad tetapi kerana persetubuhan.
·
Mas
kahwin tersebut diisyaratkan dalam akad sebahagiannya diberikan kepada bukan
isteri,seperti bapa dan saudaranya.Dalam hal ini perkahwinan adalah sah
walaupun mas kahwin rosak.Isteri wajib diberikan mahar mithli.
