Wednesday, 28 August 2013

MAHAR HANTARAN

assalamualaikum....alhamdulillah dapat lagi kite bersua ye..=)
sudah lame saya tidak menulis kerana kekangan yang dihadapi sehingga tidak sempat untuk meluangkan mase bersama sahabat semua....
saya teringin untuk post research saya tentang 'mahar'....research ni ditugaskan oleh pensyarah saya untuk subjek fiqh al munakahat....harap sahabat semua mendapat input yang berguna,,,selamat membaca....


MAHAR
DEFINISI MAHAR:
§  Mahar atau juga dikenali mas kahwin adalah pemberian wajib oleh suami kepada isterinya atas sebab perkahwinan.
§  Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud:

“Berikanlah kepada orang perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka.”     {Surah Annisa’:ayat 4 }

§  Sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

§  Mahar ialah berasal dari kalimah arab.Di dalam al quran istilah mahar disebut dengan al-quran al-sadaq,al-saduqah,al-nihlah,al-ajr,al-faridah,dan al-aqd.
§  Maskahwin boleh dijadikan daripada sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanfaat.
§  Maskahwin tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit , jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi sehingga menyukarkan pihak lelaki.
§  Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud :
                                    " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
§  Sabda Rasulullah yang bermaksud :
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )






PERBEZAAN MAS KAHWIN & HANTARAN

MAS KAHWIN

v  Mas kahwin merupakan pemberian wajib tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada isteri.
v  Pada zaman ini,mas kahwin / mahar telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.Akan tetapi terdapat juga negeri yang tidak ditetapkan maharnya.
HANTARAN

v  Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menetukan kadarnya.Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
v  Kebiasaannya dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin.
v  Ia bertujuan untuk mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.
v  Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang bakal menjadi pasangannya.Sekiranya wang hantaran diserahkan kepada pihak isteri,maka terpulanglah isterinya untuk membelanjakannya.


                                                                                        \
BAHAGIAN-BAHAGIAN MAHAR
MAHAR MUSAMMA
·       Mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.
·       Mahar yang disebut jelas jumlah dan jenisnya dalam satu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan zaman sekarang.
·       Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu dari perkara tersebut :
                       
                                    1)Berlakunya persetubuhan antara suami dan isteri.
                                    2)Kematian salah seorang dari mereka sama ada suami atau isteri.

MAHAR MITHLI

·       Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin terlebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak,ibu saudaranya dan seterusnya di samping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri seperti dari segi kecantikan, kekayaan , pelajaran dan sebagainya.
·       Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad pernikahan,sekiranya berlaku ,mahar tersebut hendaklah diqiaskan dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarga terdekatnya.Sekiranya tiada,maka diqiaskan dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga terpulang kepada suami berdasarkan adat dan tradisi setempat.
·       Kadar mahar misil berbeza nilainya mengikut sifat-sifat yang terdapat pada perempuan tersebut contohnya dari sudut paras rupa,kekayaan,pendidikan,ketakwaan,keluhuran budi serta status perempuan tersebut.






HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN SEMASA AQAD NIKAH

WAJIB
v  Jika bakal isteri itu seorang budak yang masih kecil, gila atau bodoh sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (Mahar Misil).
v  Jika bakal isteri yang sudah baligh ,bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengahwinkannya tetapi ia tidak menyerahkan kepada wali untuk menetapkan maskahwinnya.
v  Jika bakal suami itu tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri seperti masih budak ,gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang daripada mahar sepatutnya ,oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan tidak sah ,tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatutnya (Mahar Misil).

              SUNAT
v  Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad,apabila ia menikahkan orang lain.Dengan menyebutnya semasa akad berlangsung dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan ,berhubung dengannya ,di samping dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan pada seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.Sekiranya mahar tidak disebut di masa akad ,tidaklah beerti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika mahar tidak disebut.


Wajib maskahwin
Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad jika dinyatakan semasa akad dan maskahwin  itu wajib dibayar dengan keadaan-keadaan berikut :

v  Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum persetubuhan dan dipersetujui oleh pihak isteri,oleh yang demikian isteri berhak melarang atau menghalang suaminya dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menetukan kadar maskahwin yang akan diberikannya sama ada tunai atau hutang,jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.

v  Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila kadi menentukannya akan maskahwin tersebut ,hendaklah dibayar tunai.


HUKUM MENGEKALKAN NILAI MASKAHWIN ATAU MENDAPAT SETENGAH DARIPADANYA ATAU TIDAK MENDAPATNYA.

Ø  KEKAL MENDAPAT SEMUA MASKAHWIN.

·         Apabila suami telah menyetubuhi isterinya sama ada persetubuhan tersebut berlaku dalam keadaan yang dihalalkan atau dalam keadaan yang diharamkan.
·         Contoh persetubuhan yang berlaku dalam keadaan yang halal ialah menyetubuhi isterinya dalam keadaan yang tidak haidh.
·         Persetubuhan yang haram pula ialah menyetubuhi isterinya dalam masa didatangi haidh.
*Persetubuhan yang berlaku dalam dua keadaan ini,mewajibkan pemberian kesemua mas kahwin.Ini kerana isteri telah menunaikan kewajipannya.Oleh itu suami wajib memberi mas kahwin sebagai tukarannya.
Ø  MENDAPAT SETENGAH DARIPADA MAS KAHWIN

·         Suami tetap perlu memberi setengah daripada mas kahwin apabila isterinya diceraikan selepas akad nikah yang sahih dan mas kahwin tersebut telah dinyatakan dalam majlis akad nikah.
·         Penceraian tersebut mestilah berlaku sebelum suami menyetubuhi isteri tersebut.

Ø  MAS KAHWIN GUGUR KESEMUANYA

·         Mas kahwin gugur kesemuanya apabila isterinya meninggalkan suaminya sebelum persetubuhan.
·         Penceraian berpunca dari isterinya sendiri.Contohnya apabila isteri memeluk islam yang menyebabkan perkahwinan itu terbatal atau murtad atau fasakh perkahwinan berlaku daripada pihak isteri disebabkan keaiban suami atau suami membatalkan perkahwinan disebabkan keaiban isteri maka keadaan ini menggugurkan mas kahwin kesemuanya.



KADAR MAS KAHWIN
     
v  Mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dam maksimumnya.
v  Setiap satu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta ,boleh dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak ,tunai atau hutang ,atau sesuatu yang bermanfaat ,seperti kain,sejadah ,telekung tempat kediaman atau mengajar sesuatu kemahiran.
Maksud firman ALLAH s.w.t:
“Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian mencari isteri-isteri    dengan hartamu.” 
                        Maksud sabda RASULULLAH s.a.w :
                                    “Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”
v  Mas kahwin tersebut sunat hukumnya, tidak kurang daripada 10 dirham bagi mengelakkan percanggahan Mazhab Hanafi yang mewajibkannya.
v  Sunat tidak melebihi 500 dirham berdasarkan mas kahwin anak-anak perempuan dan isteri RASULULLAH.

 MENYEGERAKAN DAN MENANGGUHKAN MAS KAHWIN.

§  Mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera.
§  Boleh disegerakan atau ditangguhkan kesemuanya sebelum persetubuhan.
§  Penangguhan hendaklah ditentukan masanya.
§  Mas kahwin milik isteri sepenuhnya.Isteri berhak meminta disegerakan atau ditangguhkan mengikut kehendak isteri.
§  Apabila isteri meminta mas kahwin agar diserahkan segera maka isteri berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehinggalah mas kahwinnya diterima.
§  Jika isteri mempersetujui untuk ditangguhkan mas kahwinnya,isteri tidak berhak menahan dirinya daripada suami kerana dia sendiri telah mempersetujui dengan penangguhan tersebut.
§  Mas kahwin adalah milik mutlak isteri.Wali tidak berhak terhadap mas kahwin tersebut walaupun dia berhak untuk menerimanya bagi pihak perempuan tersebut.
MAHAR MITHLI
PENGERTIAN:
Mas kahwin mithli ialah harta yang dituntut dalam perkahwinan yang biasanya berdasarkan taraf isteri.
NILAI
·         Dinilai berdasarkan nasab kaum kerabat isteri sebelah bapa.Dinilai mengikut mas kahwin kerabat perempuan yang terdekat hubungannya iaitu saudara perempuan seibu sebapa,anak-anak perempuan saudara lelaki dan ibu-ibu saudara sebelah bapa.
·         Jika tiada kaum kerabat terdekat atau mereka masih belum berkahwin, mas kahwin akan dinilai mengikut kaum kerabat terdekat sebelah ibu seperti ibu,nenek,ibu saudara sebelah ibu,dan anak-anak perempuan saudara perempuan.
·         Jika kaum kerabat sebelah ibu juga tiada maka mas kahwin akan dinilai mengikut kadar mas kahwin perempuan terdekat berdasarkan persamaan sifat antara mereka.
·         Penilaian mas kahwin mithli adalah berdasarkan umur,akal,kecantikan,kekayaan,maruah,keagamaan,ketakwaan,keilmuan,anak dara,janda dan sifat-sifat yang lain yang membawa tujuan yang baik.

 SEBAB YANG MEWAJIBKAN MAS KAHWIN MITHLI.

v  Akad nikah batal kerana meninggalkan syarat sah nikah seperti perempuan yang berkahwin tanpa saksi atau wali dan berlaku persetubuhan selepas akad nikah tersebut.
v  Mas kahwin dibatalkan lantaran perselisihan antara suami isteri tentang kadarnya atau sama ada mas kahwin disebut atau tidak dalam akad nikah.Contohnya isteri menyatakan suami menyebut mas kahwin dalam akad nikah tetapi suami menafikannya.Kedua-dua bersumpah atas dakwaan masing-masing.Maka mas kahwin dibatalkan dan suami wajib memberi isterinya mahar mithli.
v  Menyebut mas kahwin yang tidak sah.Antaranya ialah:
·         Mas kahwin yang disebut bukannya harta menurut syara’seperti arak.
·         Harta yang disebut sebagai mas kahwin itu bukanlah miliknya seperti sejadah yang dirampas.
·         Mengahwini dua orang perempuan atau lebih dengan satu mas kahwin.Walaupun pernikahannya sah tetapi mas kahwinnya rosak.
·         Wali mengahwinkan seorang kanak-kanak lelaki dengan kadar mas kahwin yang lebih dari mahar mithli,yang diambil daripada harta kanak-kanak tersebut.Begitu juga jika wali mengahwinkan seorang kanak-kanak perempuan atau seorang anak dara tanpa persetujuannya dengan kadar mahar kurang daripada kadar mahar mithli.
·         Perempuan menyerahkan perkahwinannya tanpa mas kahwin.Dalam hal ini,perempuan tersebut wajib diberi mahar mithli bukan kerana akad tetapi kerana persetubuhan.
·         Mas kahwin tersebut diisyaratkan dalam akad sebahagiannya diberikan kepada bukan isteri,seperti bapa dan saudaranya.Dalam hal ini perkahwinan adalah sah walaupun mas kahwin rosak.Isteri wajib diberikan mahar mithli.







Thursday, 6 June 2013

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

sahabat2 semua dah bace surah al kahfi?????
klubelum jom kite bace...
banyak kelebihannya...
wlupon kite ni manusia yg selalu lalai,,selalu lupa pesanan nabi dan suruhan ALLAH tapi biarlah pengakhiran kite adalah dlm keaadan husnul khatimah..
surah ni boleh menghalang kite dari fitnah dajjal laknatullah...

Friday, 31 May 2013

APA ITU DAKWAH???

assalamualaikum...
sahabat2 semua pernah dengar apa itu dakwah???
ishh,,mesti la pernah dengar....
apa pandangan sahabat2 tentang dakwah???
pakai jubah??
tudung labuh???
kopiah??
serban??
ish,,susahla nak dakwah klu mesti pakai semua tu...
klu nak dakwah,,tak perlu tggu semua 2...
dah cukup ajak org buat baik,,ajak org tinggal apa yg ALLAH larang..
Assyahid imam hassan al-banna pun sanggup menukar dari jubah dan serban kepada kemeja dan tarbus kerana ingin berdakwah mengikut keadaan tempat tersebut...
dakwah terbahagi kepada 3 bahagian..
1)dakwah dengan lisan
2)dakwah dengan tulisan
3)dakwah dengan perbuatan
-jikalau kita tak mampu untuk berpidato/ceramah/dll....kite boleh menulis cerpen tentang islamik/buat blog(erkk)/menulis tulisan ilmiah..
ade setengah org ketar lutut bile nak bercakap depan org wlupun depan kawan2 sendiri
bagi yg xde bakat dengan tulisan boleh dkwah dengan perbuatan..
berbuat baik/manfaatkan diri untuk org lain pun sudah dikira berdakwah
jadi sahabat2 jgn risau ye sebab bnyk lagi cara dakwah boleh kite buat..
islam itu mudah dan memudahkan
so,,jgn cari alasan lagi untuk berkata saya tiada bakat untuk berdakwah..
bakat boleh digilap dan die datang selepas pembinaan peribadi muslim seseorg tersebut..
ok,,jom berdakwah..
wassalam


Wednesday, 29 May 2013

SANTAI PAGI!!!!

assalamualaikum sahabat2!!!!!
seperti biase macamane iman kite???
dah upgrade???
mesti sahabat2 pelik nape saya ckp pasal iman??
ade ape pada iman??
encik iman kah???hehe
iman adalah segala2 buat kite
nabi pun mase mula2 dakwah baginda dkwah hati sahabat2 dulu
timbulkan iman and then teguhkan iman sahabat2...
jadi kite yg dah ade iman cume menaik @menurun mestilah jaga iman kite elok2 supya jgn sampai MATI!!!
ok,,sahabat2 harap dapat input ye!!!
wassalam...

Monday, 27 May 2013

hamba yg bersyukur

salam sahabat2 semua...
semoga dah up grade iman hari ni...
tiada org yg tiada buat silap dalam dunia dan tiada org yg berdosa tiada mase depan
saya x ready pon nak write hari ni...
sebab agak sibok nak sambut my grandfather n grand mother balik umrah
ok sahabat2 jumpa lagi
maafkan salah silap
doakan saya ye
wassalam

Sunday, 26 May 2013

ADAKAH SAYA TRUE MUSLIM @ INTRO MUSLIM?????

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2 SEMUA!!!!!

mesti sahabat2 semua tertanya -tanya ape maksud true muslim @ intro muslim???
x pernah dengar pun istilah ni????
ade ke????
ha!!!jom kite tgk...
saya mulakan dengan intro muslim dahulu...maksudnya seseorg tu islam sebab keturunan..intro kehidupan die memang dah islam....mesti ade yg bertanya "keluarga saya memang mengamalkan islam la awak"
saya x cakap intro muslim ni x amalkan islam...tapi cuma nak suruh tengok perbezaan..
ok,,yg kedua: true  muslim
true muslim ialah yg betul2 mengamalkan islam..menjadikan islam tu sebagai cara hidup sepertimana sahabiah2 dulu....x kesah bile die memeluk islam sekalipon...samaada die muallaf @ intro muslim...
right???lagi bagus kalau die seorg yg tergolong dalam intro muslim dan menjadi true muslim..
alhamdulillah...
tapi sekarang ni ramai yg setakat menjadi intro muslim sahaja...true muslim boleh bilang je..
kenapa??adakah intro muslim tak rase bersyukur kepada ALLAH sebab dilahirkan dalam intro muslim???
contohnya kite boleh tengok diluar sana sangat ramai..x perlu cakap lagi....sahabat2 semua mesti dah faham...
opsssss!!!!!cakap pasal faham???
adakah kite dah faham islam??
"senang ke nak faham islam??"
"susah la nak faham"
memang x mudah tapi xmustahil
sebab 2 la imam hasan al banna meletakkan 20 usul dalam rukun faham..iaitu usul 20...
"xfaham la....usul 20 tu ape?"
takpe 6t pertemuan lain kali saya jelaskan tentang usul 20 ye...
ok,,rase dah banyak membebel..
mohon teguran dari senior2 daie...
saya banyak salah sebab baru nak berkecimpung dalam dunia dakwah la katakan..
ok wassalam!!!

Saturday, 25 May 2013

assalamualaikum sahabat2 semua!!!!!
selamat pagi semua...
sebelum kite memulakan pagi kite,,ambik mase 2 minit untuk bertanya kepada hati kite dah update iman???dah topup iman????
kalau belum macamane????
adakah dengan baca quran je???
atau duduk atas sejadah???
opssssss!!!!!!!
tu bukan maksud  saya....
kepada yg online boleh la membuka blog2 untuk ditambah ilmu ilmiah / mendengar tazkirah ringkas yg santai pg2 ni....
ok sahabat2!!!!
banyak yg boleh kite buat asal niat mesti betul......bukan untuk menunjuk-nunjuk...

Friday, 24 May 2013

assalamualaikum.......

alhamdulillah,,akhirnya siap juga blog saya yg kedua....
blog yg pertama saya sudah lama tak active sebab kekangan mase yg sangat jeles dengan saya...
blog bicara demi ilahi adalah hasil buah fikiran selepas membaca buku AL-FADHIL TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT..
Saya harap blog bicara demi ilahi dapat menjadi saham saya di akhirat kelak...
saya harap pengunjung semua dapat mengambil input2 yg berguna dari blog bicara demi ilahi ini...
harap dapat memberi idea jika terdapat kesilapan...
saya budak baru belajar,,
klu salah tolong tunjukkan....